Wednesday, September 16, 2009

Apa yang mengejutkan kami ialah suasana Acheh setelah 4 tahun dilanda tsunami. Jika kita lihat selepas tsunami melanda Acheh, Acheh boleh diibaratkan seperti padang jarak padang terkukur kecuali yang berdiri teguh beberapa buah masjid antaranya masjid Baiturrahim dan Baiturrahman. Namun selepas 4 tahun berlalu, Acheh bangkit semula dengan cepat, membangun dengan pesat dan pasti anda terkejut bahawa pemandangan sekitar Acheh pada hari ini seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku semasa 4 tahun yang lalu. Adakalanya susah untuk kita melihat tinggalan-tinggalan ganas tsunami yang melanda Acheh, yang ada memorial Aceh serta tapak perkuburan mangsa-mangsa tsunami. Menurut penduduk Acheh, keadaan ini berlaku kerana selepas tsunami melanda banyak bantuan asing melimpah sampai ke Acheh. Arab Saudi dan negara-negara luar memberikan bantuan dan sokongan untuk membangunkan semula Acheh. Bantuan bukan sahaja wang ringgit tetapi juga berbentuk kemanusiaan. Rakyat Acheh juga bangun dan bangkit semula dari kesusahan yang menimpa bumi mereka.

No comments:

Post a Comment