Wednesday, September 16, 2009



Tiba di Medan tempat penginapan malam...memang time makan malamla....kami makan di salah sebuah restoran minang di Medan..di restoran ini makanannya memang cukup enak...air minuman istemewanya ialah jus rasa-rasa....bagaimana rasanya? Datang sendiri ke Medan dan order Jus Rasa-Rasa....


Dalam perjalanan menuju ke Bandar Medan, kami berehat sebentar di tepi Gunung Sipis0-piso..Udara di sini sungguh sejuk sekali...


Perkampungan Batak di Pulau Samosir menjadi tumpuan pelancong. Berhati-hati ketika berbelanja di sini. Jika tidak mahu membeli jangan cuba-cuba membuat tawaran harga....nanti anda akan dimaki hamun oleh peniaga-peniaga berketurunan batak.


Bergambar kenang-kenangan di luar penginapan sebelum berangkat semula ke bandar Medan...Pada ketika ini yang lebih gembira ialah anak-anak..

Seronok dapat bercuti bersama keluarga....


Menuju ke jeti untuk ke Pulau Samosir, Tasik Danau Toba....Tengok 2 puteraku...tak sabar-sabar untuk pergi ke jeti...bergambar dengan ayah pun tak mahu dah...

Wah! Puan Maslina dengan gayanya yang tersendiri. I love U sayang...
Dari atas tempat penginapan kelihatan Tasik Danau Toba yang membiru....


Sarapan pagi di International Cottage Danau Toba. Sampai Medan tak sah jika tidak mengunjungi Tasik Danau Toba...


Di Medan, saya bertemu dengan pujaan hati setelah 3 hari berpisah....Keceriaan tergambar di wajah saya dan maslina serta 2 putera kerana dapat bercuti bersama-sama. Kami menginap di hotel Medan milik rakyat Malaysia. Harga berpatutan dan kemudahannya bertaraf 4 bintang..
Jika anda sampai ke Acheh dan ingin berbelanja sabar dan tangguhkan dulu niat itu. Harga barang di Acheh agak mahal. Jika mahu berbelanja kunjungilah Medan yang jauh lebih murah. Ini kerana barang-barang dari Acheh majoritinya datang dari Medan sudah tentulah harganya berlipat kali ganda dari Medan. Justeru, selepas 3 hari di Acheh, kami meneruskan penerbangan dengan Garuda menuju ke Medan bagi meneruskan hajat bersantai dan membeli belah...
Apa yang mengejutkan kami ialah suasana Acheh setelah 4 tahun dilanda tsunami. Jika kita lihat selepas tsunami melanda Acheh, Acheh boleh diibaratkan seperti padang jarak padang terkukur kecuali yang berdiri teguh beberapa buah masjid antaranya masjid Baiturrahim dan Baiturrahman. Namun selepas 4 tahun berlalu, Acheh bangkit semula dengan cepat, membangun dengan pesat dan pasti anda terkejut bahawa pemandangan sekitar Acheh pada hari ini seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku semasa 4 tahun yang lalu. Adakalanya susah untuk kita melihat tinggalan-tinggalan ganas tsunami yang melanda Acheh, yang ada memorial Aceh serta tapak perkuburan mangsa-mangsa tsunami. Menurut penduduk Acheh, keadaan ini berlaku kerana selepas tsunami melanda banyak bantuan asing melimpah sampai ke Acheh. Arab Saudi dan negara-negara luar memberikan bantuan dan sokongan untuk membangunkan semula Acheh. Bantuan bukan sahaja wang ringgit tetapi juga berbentuk kemanusiaan. Rakyat Acheh juga bangun dan bangkit semula dari kesusahan yang menimpa bumi mereka.

Inilah pandangan dari luar masjid BaiturRahman yang sungguh indah. Bagi pengunjung yang mahu mengambil gambar masjid pastikan anda menunaikan solat terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Jika tidak anda akan diherdik oleh pegawai-pegawai masjid yang bertugas.

Tuesday, September 15, 2009



Seminar Wacana Ilmu Kaunseling yang diadakan di Dewan Besar Universitas Siah Kuala Banda Acheh. Sebelah saya Tuan Hasrul Kaunselor Pentadbir di PPD Bukit Mertajam

Masjid BaiturRahman di tengah-tengah Banda Acheh turut terselamat dari ombak besar tsunami. Ramai penduduk Acheh menyelamatkan diri dengan berlindung di masjid ini semasa ombak besar tsunami melanda. Ombak tsunami dikatakan tidak memasuki ruang dalam masjid.


Bayangkan kapal yang berat beribu-ribu tan ini mampukah diangkat dan dialihkan semula oleh tenaga manusia?


Pemandangan dari atas kapal janakuasa elektrik milik asing yang dihanyutkan oleh ombak tsunami di tengah-tengah perkampungan Acheh. Kapal tersebut dihanyutkan kira-kira 25 kilometer dari pantai.


Masjid Baiturrahim yang terletak hanya beberapa meter dari pantai dikatakan penduduk di situ tidak menerima kesan ombak tsunami yang kuat. Bangunan tetap utuh, infrastrukturnya pula tidak terjejas. Maha Suci Allah...
Jika kita mengimbau kembali kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada Tahun 2004 yang lalu, banyak iktibar yang perlu direnungkan oleh semua. Kejadian yang berlaku sudah tentu membawa banyak makna bukan sahaja yang tersirat tetapi juga yang tersurat. Bagi rakyat Malaysia, kejadian tersebut turut diterima di beberapa tempat di negara ini. Antaranya di Pulau Pinang dan di Kedah (Kuala Muda). Banyak juga kerugian yang dialami oleh kita. Bagaimana pula dengan di Acheh? Ratusan ribu yang telah meninggal dunia malah puluhan ribu telah meninggal dunia tanpa tanda. Sesunggahnya, kejadian yang telah menimpa membawa kesedaran kepada kita tentang kebesaran dan keagungan Allah SWT. Bagi manusia, kejadian tersebut memerlukan kita bermuhasabah merenung kembali apakah dosa dan nista yang telah dilakukan sehingga menerima azab sedemikian rupa. Sesungguhnya azab yang diberikan oleh Allah SWT meliputi semua pihak.
Pada tanggal 23 November 2008 yang lalu, saya bersama kumpulan mahasiswa PKPG UUM B&K dan wakil KPM(Bah.Psi.&Kaunseling) yg diketuai oleh Dr.Siti Taniza telah melakukan lawatan bakti siswa ke Banda Acheh. Tujuaannya untuk melihat perkembangan negeri Acheh setelah 4 tahun dilanda tsunami serta memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelajar-pelajar di kawasan perkampungan yang dilanda tsunami. Sehari sebelum itu, seminar Wacana Ilmu Kaunseling turut diadakan di Universitas Siah Kuala Acheh. Selama 3 hari kami berada di Acheh dengan menginap di Universitas Siah Kuala Acheh. Setibanya kami di Lapangan Terbang Iskandar Muda Acheh kami disambut dengan tarian kebudayaan Acheh yang sungguh meriah. Selepas 3 hari di Acheh kami ke Medan. Ekspedisi ke Acheh tidak disertai oleh isteri dan 2 putera saya. Mereka hanya turut sama di Medan. Saya menunggu ketibaan mereka di Lapangan Terbang Medan dengan penuh syukur. Berikut disertakan catatan perjalanan program yang telah berlangsung untuk dikongsi bersama.
Kawasan perkuburan mangsa tsunami yang terletak lebih kurang 2 km dari pantai. Di sinilah mangsa tsunami yang djumpai disemadikan beramai-ramai